22 April 2016

STENSILAN

Teknik stensilan
 Bagi teknik ini, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.


Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.


Contoh Teknik Stensilan







Video Teknik Stensilan


11 April 2016

TIUPAN

Teknik tiupan amat mudah dipelajari dan dapat memberi kesan yang menarik dalam hasil karya murid-murid. Ia dapat dibuat dengan meniup titisan warna di atas kertas lukisan meggunakan straw ke pelbagai arah. Straw yang digunakan seharusnya lurus supaya tidak menganggu proses tiupan. Di samping itu, straw yang berlainan saiz digalakkan untuk teknik ini kerana diameter straw yang berlainan akan menghasilkan kelajuan tiupan angin yang berbeza. Oleh itu, hasil tiupan juga akan berbeza.Warna yang berbeza boleh ditiup ke arah yang sama untuk menghasilkan corak daripada pelbagai warna.

Aplikasi teknik adalah seperti bingkai gambar, corak baju, corak beg, kad, kertas pembalut hadiah dan lain-lain.


Contoh -contoh teknik tiupan














Video teknik tiupan











3 April 2016

STENSILAN

PENGENALAN

Stensilan merupakan teknik yang menggunakan acuan sebagai bahan untuk menghasilkan corak pada sesuatu permukaan.

Kelebihan stensilan ialah acuan yang digunakan boleh dipakai banyak kali bagi menghasilkan imej dan corak.

DEFINISI

Stensilan menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas.Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

ALAT DAN BAHAN


Alat : Gunting , pisau.
Bahan : Pensil warna, warna air, krayon, oil pastel, warna poster.


Contoh karya stensilan