22 April 2016

STENSILAN

Teknik stensilan
 Bagi teknik ini, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.


Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.


Contoh Teknik Stensilan







Video Teknik Stensilan


11 April 2016

TIUPAN

Teknik tiupan amat mudah dipelajari dan dapat memberi kesan yang menarik dalam hasil karya murid-murid. Ia dapat dibuat dengan meniup titisan warna di atas kertas lukisan meggunakan straw ke pelbagai arah. Straw yang digunakan seharusnya lurus supaya tidak menganggu proses tiupan. Di samping itu, straw yang berlainan saiz digalakkan untuk teknik ini kerana diameter straw yang berlainan akan menghasilkan kelajuan tiupan angin yang berbeza. Oleh itu, hasil tiupan juga akan berbeza.Warna yang berbeza boleh ditiup ke arah yang sama untuk menghasilkan corak daripada pelbagai warna.

Aplikasi teknik adalah seperti bingkai gambar, corak baju, corak beg, kad, kertas pembalut hadiah dan lain-lain.


Contoh -contoh teknik tiupan














Video teknik tiupan











3 April 2016

STENSILAN

PENGENALAN

Stensilan merupakan teknik yang menggunakan acuan sebagai bahan untuk menghasilkan corak pada sesuatu permukaan.

Kelebihan stensilan ialah acuan yang digunakan boleh dipakai banyak kali bagi menghasilkan imej dan corak.

DEFINISI

Stensilan menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas.Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

ALAT DAN BAHAN


Alat : Gunting , pisau.
Bahan : Pensil warna, warna air, krayon, oil pastel, warna poster.


Contoh karya stensilan




27 March 2016

KOLAJ

KOLAJ

PENGENALAN KEPADA KOLAJ

Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam , tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan. Ia merupakan satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau cetakan majalah disusun dan ditindih. Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat di satu pemukaan khas disebut kolaj. Ia adalah satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media.


Kolaj bermakna menghasilkan satu  komposisi artistic daripada  imej atau gambar yang berlainan, latar belakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak. Ia adalah satu teknik menggambar di mana foto,keratin akhbar atau mana-mana bahan berbentuk 2D dolekat dan disatukan  di atas permukaan.

Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara  “superimpose” di antara satu sama lain.  Kolaj ialah satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen. Satu susunan objek dan bahan diatas dilekat di atas suatu permukaan supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.

CONTOH KOLAJ







LANGKAH PENGHASILAN









16 March 2016

Poster


Pengenalan

1. Poster merupakan satu bentuk seni komunikasi perhubungan dan pengiklanan.

2. Poster berfungsi sebagai pengumuman, pemberitahuan dan pengiklanan.

3. Poster harus dapat menarik perhatian orang ramai  serta dapat menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan berkesan

Poster boleh dipersembahkan melalui 2 cara:

i. Menggunakan muka taip (huruf) sahaja.

Mukataip dijadikan subjek utama untuk menyampaikan maksud poster. Ada yang bersifat ringkas dan jelas dan ada juga jenis yang lebih simbolik. Jenis mukataip yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan tema poster tersebut.



ii. Menggunakan muka taip bersama ilustrasi dalam bentuk lukisan, gambar atau foto


Teknik penghasilan Poster

1. Teknik catan : 
dengan menggunakan cat air, cat poster, cat akrilik, dan sebagainya


   
     

CARA MENGHASILKAN POSTER



1 March 2016

Membuat Corak dan Rekaan


DEFINISI

Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang.

Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik.

Corak tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.


PENGHASILAN CORAK

Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu:
a) Corak Terancang

b) Corak Tidak Terancang

Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.

Contoh corak terancang ialah:






2. Ikatan dan celupan




3. Pualaman




Susunan Berselang Seli

Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur.

JENIS-JENIS MOTIF DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Motif di dalam membuat corak dan rekaan boleh didapati daripada:
1. Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan Tuhan
2. Rupa atau bentuk asas seperti persegi, bulat, bujur, segitiga dan rupa geometri yang lain.
3. Rupa atau bentuk dari bahan buatan manusia
4. Rupa atau bentuk angka dan huruf
5. Rupa atau bentuk kraf tradisional.

LANGKAH PENGHASILAN
Langkah 1: Sediakan alat dan bahan yang diperlukan bagi membuat corak susunan dam menggunakan catan.

Gambar 1: Alat dan bahan yang disediakan.

Langkah 2: Lakarkan garisan grid di atas kertas lukisan.


Langkah 2(a)


Langkah 2(b)

Langkah 2(c)

Langkah 3: Lakarkan motif pada kertas lukisan.

Langkah 3: Lakarkan motif dengan menggunakan pensel.

Langkah 4: Guntingkan motif tersebut  dan jadikannnya sebagai template untuk menghasilkan corak pada kertas lukisan .

Langkah 5: Lakarkan motif tersebut menggunakan template yang telah siap diggunting. Motif dilakar secara berselang -seli menggunakan susunan dam.

Langkah 5: Motif disusun mengikut susunan dam.

Langkah 6: Warnakan motif tersebut dengan menggunakan warna harmoni

Langkah 6(a)

Langkah 6(b)


Langkah 6(c)

Langkah 7: Hasil karya yang telah siap.


Langkah 7 Hasil karya yang telah disiap.