1 March 2016

Membuat Corak dan Rekaan


DEFINISI

Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang.

Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik.

Corak tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.


PENGHASILAN CORAK

Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu:
a) Corak Terancang

b) Corak Tidak Terancang

Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.

Contoh corak terancang ialah:






2. Ikatan dan celupan




3. Pualaman




Susunan Berselang Seli

Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur.

JENIS-JENIS MOTIF DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Motif di dalam membuat corak dan rekaan boleh didapati daripada:
1. Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan Tuhan
2. Rupa atau bentuk asas seperti persegi, bulat, bujur, segitiga dan rupa geometri yang lain.
3. Rupa atau bentuk dari bahan buatan manusia
4. Rupa atau bentuk angka dan huruf
5. Rupa atau bentuk kraf tradisional.

LANGKAH PENGHASILAN
Langkah 1: Sediakan alat dan bahan yang diperlukan bagi membuat corak susunan dam menggunakan catan.

Gambar 1: Alat dan bahan yang disediakan.

Langkah 2: Lakarkan garisan grid di atas kertas lukisan.


Langkah 2(a)


Langkah 2(b)

Langkah 2(c)

Langkah 3: Lakarkan motif pada kertas lukisan.

Langkah 3: Lakarkan motif dengan menggunakan pensel.

Langkah 4: Guntingkan motif tersebut  dan jadikannnya sebagai template untuk menghasilkan corak pada kertas lukisan .

Langkah 5: Lakarkan motif tersebut menggunakan template yang telah siap diggunting. Motif dilakar secara berselang -seli menggunakan susunan dam.

Langkah 5: Motif disusun mengikut susunan dam.

Langkah 6: Warnakan motif tersebut dengan menggunakan warna harmoni

Langkah 6(a)

Langkah 6(b)


Langkah 6(c)

Langkah 7: Hasil karya yang telah siap.


Langkah 7 Hasil karya yang telah disiap.





No comments:

Post a Comment